Kini Telah Ada Bahan Bantu Mengajar Berkualiti Untuk Semua Guru Sains dan Nota Padat Sains Untuk Semua Pelajar Anda!!

SAINS: MATAPELAJARAN YANG SUKAR

Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana seorang pelajar perlu mengingati dan menghafal banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat ‘A’ dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar.

Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, pelajar perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada. Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains. Gambar di atas menunjukkan pelajar yang tidak dapat meneruskan pembelajarannya,  hilang fokus dan terus tertidur! Ini adalah kerana ayat-ayat yang terdapat di dalam buku teksnya adalah panjang dan dalam satu warna sahaja. Di samping itu,  tiada kelihatan gambar yang berwarna di muka surat tersebut. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan pelajar tidak dapat dirangsang dan tertarik untuk belajar!

PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK

“Mind Map” atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).

Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk “Bumi”, satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tingkatan 1

Perhatikan betapa mudahnya seorang pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting.

Kata-kunci dan rajah-kunci

Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan yang betul. Ini adalah untuk memastikan supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya.

Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap fakta tersebut.

Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan kerana ia telah di”peta”kan ke dalam fikiran anda.

Sila lihat video di bawah dari Kelab Pelajar Cemerlang mengenai kelebihan peta minda.

PETA MINDA UNTUK GURU DAN PELAJAR

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Saya telah menggunakan peta minda yang saya hasilkan sendiri sejak 15 tahun lalu dalam bilik darjah saya. Berdasarkan kepada pengalaman, saya mendapati proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa jika peta minda digunakan.

Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri.

Penggunaan projektor LCD untuk paparan nota  di skrin sangat membantu guru memberi penerangan dengan jelas. Paparan rajah dan teks dengan mudah dibesarkan di skrin untuk membolehkan pelajar melihat perincian rajah dengan lebih dekat. Gambar yang berwarna dalam peta minda akan lebih merangsang pelajar untuk memahami perkara yang dibincangkan dan membantu pelajar lebih mudah untuk mengingat fakta yang  berkenaan. Gambarajah yang kecil yang kurang jelas dengan mudah dibesarkan untuk paparan pelajar terutama dalam matapelajaran Sains

KELEBIHAN PETA MINDA VISUAL INI

Memudahkan Pengajaran Guru Sains

 

Guru Sains yang telah menpunyai peta minda Visual tidak perlu menyediakan bahan pengajaran. Dengan hanya menggunakan projektor LCD guru sudah boleh memaparkan maklumat di skrin dengan serta merta. Paparan grafik dan teks boleh dikawal dengan mudahnya oleh guru. Guru boleh mengawal saiz grafik atau kawasan grafik untuk penerangan dan perbincangan. Saiz teks yang boleh dibesarkan juga membolehkan pelajar boleh melihatnya dengan jelas dan terang berbanding dengan tulisan guru. Grafik tambahan yang tiada dalam buku teks disertakan juga untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Bahan grafik yang berwarna  menarik minat pelajar dan mengekalkan fokus pelajar.

Sebagai Nota Tersedia Bagi Pelajar Untuk Rujukan dan Ulangkaji

Ebook Peta Minda Visual Sains ini boleh dicetak dan dijilidkan menjadi buku. Saya sebagai penerbit dan penulis Ebook-Ebook ini memberi kebenaran kepada semua guru yang membeli produk ini untuk mencetak dan berkongsi dengan pelajar mereka supaya apa yang telah diajar oleh guru di kelas mudah dirujuk dan diulangkaji semula. Pastikan cetakan adalah dalam warna sebelum diedarkan kepada pelajar. Terpulang kepada guru unuk mengenakan kos kepada pelajar. Ramai pelajar yang mengambil Peperiksaan SPM di Tingkatan 5 mengalami masalah tiada nota bagi bab dari Tingkatan 4 setelah buku teks yang dipinjam dipulangkan. Lebih-lebih lagi pelajar di Tingkatan 3 yang akan mengambil peperiksaan akhir  tahun sebelum ke Tingkatan 4 telah lupa apa yang dipelajari di Tingkatan 1 dan 2. Untuk situasi ini, guru harus  membantu pelajar dengan mencetak nota bagi pelajar mereka  untuk mengulangkaji.

Membantu Pelajar Dalam Menghafal

 

EBook Peta Minda Visual mengutamakan visual  kerana para pelajar  boleh mengingati perkara yang diajar secara visual dalam ingatan untuk tempoh yang lebih lama. Menurut perunding pendidikan, pelajar menggunakan ingatan jangka pendek mereka untuk memproses perkataan dan  mereka tidak boleh menyimpan terlalu banyak maklumat. Walaubagaimanapun visual akan terus ke ingatan jangka panjang di mana ia akan terus kekal. EBook Peta Minda Visual telah mengadaptasikan kaedah ini iaitu menggunakan semaksimum bilangan gambar yang boleh dipaparkan bersama setiap teks fakta yang dipaparkan. Gambar-gambar yang dipilih adalah berwarna kerana menurut kajian, warna membantu pelajar dalam menghafal maklumat tertentu dengan meningkatkan tahap perhatian pelajar. Oleh kerana warna meningkatkan perhatian pelajar,  jika lebih banyak perhatian pelajar tertumpu kepada rangsangan tertentu, maka lebih baik peluang mereka akan mengingati rangsangan itu. Ini akan memudahkan pelajar mengingat fakta setelah minda mereka dipetakan dan ini akan  menambah keupayaan dan kapasiti ingatan mereka.

Dalam Pandangan Keseluruhan

 

Dengan memadatkan maklumat yang banyak dalam satu mukasurat, pelajar dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas dan  memahami segala fakta yang berkaitan. Ini akan menghapuskan rasa sukar pelajar untuk belajar, menambah keseronokan dalam proses pembelajaran, mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Pelajar akan lebih berkeyakinan terhadap   keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran dan mereka berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas.

DAPATKANNYA EBOOK PETA MINDA VISUAL UNTUK ANDA DAN PELAJAR ANDA SEKARANG!!

Muat-turun Produk EBook Peta Minda Visual Sekarang!

Sila klik  LIHAT PETA MINDA  di bawah setiap EBook berikut untuk melihat contoh beberapa peta minda yang mengandungi gambar berwarna bagi hampir setiap fakta. Untuk mendapatkan produk anda klik  BELI , dan muat turun serta merta selepas pembayaran dalam talian anda disahkan. Pastikan alamat e-mel anda adalah yang sah kerana kesemua transaksi pembelian dan muat turun adalah melalui e-mel.

Pelajar Tingkatan 5 yang akan mengambil Peperiksaan SPM, disarankan membeli EBook Peta Visual Sains Tingkatan 4 dan 5 KSSM untuk mengulangkaji. Pelajar Tingkatan 3 yang akan mengambil Peperiksaan Akhir Tahun untuk memasuki Tingkatan 4, disarankan membeli EBook Peta Visual Sains Tingkatan 1,2 dan 3 KSSM.

 

Nota: Anda dinasihatkan tidak menggunakan alamat e mel dari Yahoomail kerana Yahoomail selalu mengalami masalah penghantaran e mel, yang kadang-kadang lambat sampai atau tak sampai langsung. Gunakan alamat e mel dari Gmail yang tiada masalah langsung)

 

Ebook Peta Minda Visual Sains Tahun 4 KSSSR (RM13)
Ebook Peta Minda Visual Sains Tahun 5 KSSSR (RM13)
Ebook Peta Minda Visual Sains Tahun 6 KSSSR (RM13)
Ebook Peta Minda Visual Sains Tingkatan 1 KSSM (RM13)
Ebook Peta Minda Visual Sains Tingkatan 2 KSSM (RM13)
Ebook Peta Minda Visual Sains Tingkatan 3 KSSM (RM13)
Ebook Peta Minda Visual Sains Tingkatan 4 KSSM (RM13)
Ebook Peta Minda Visual Sains Tingkatan 5 KSSM (RM13)
Ebook Visual Mind Maps Science Form 1 KSSM (RM13)
Ebook Visual Mind Maps Science Form 2 KSSM (RM13)
Ebook Visual Mind Maps Science Form 3 KSSM (RM13)
Ebook Visual Mind Maps Science Form 4 KSSM (RM13)
Ebook Visual Mind Maps Science Form 5 KSSM (RM13)

TESTIMONI

4.8
Testimoni berikut adalah testimoni lama di mana kesemua Sukatan Pelajaran masih di bawah KBSR dan KBSM di mana UPSR dan PMR masih lagi dilaksanakan. Sekarang, semua Sukatan Pelajaran telah mengalami pembaharuan dan dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
5/5
Penilaian Purata Pelanggan
Assalamualaikum.. Peta minda kimia tingkatan 5 sudah siap ke belum? Seronok dan senang guna peta minda kima tingkatan 4. Pelajar saya senang faham dan saya tidak perlu reso nota banyak-banyak. Saya dah tak sabar nak tunggu tingkatan 5 pulak.
Cikgu Merani Razak
Guru Kimia
Assalamualaikum Tuan, terima kasih kerana berkat usaha saya membaca dan memahami teks e-book dengan mendalam yang tuan jual, saya berjaya memperoleh A dalam subjek Sains PMR 2012. E-book tuan amat membantu..
Nur Syahirah Laham
A - Sains PMR 2012
E-Book UPSR dahulu telah membantu anak saya mendapat 5A. Moga PMR tahun ini dapat capai 9A. Insya Allah... Terima kasih
En. Mohd Albunai Bin Karis
Bapa
Saya adalah salah seorang pengguna E-Book Peta Minda Sains UPSR. Ianya sangat sesuai dan berguna bagi pelajar yang bakal menduduki UPSR kerana ia mudah digunakan(user friendly) untuk mengingati fakta dan ulangkaji sebelum peperiksaan. Bagi saya cara penyampaian (presentation) serta susunan faktanya sangat baik dan pembelajaran saya menjadi lebih mudah. Hasilnya saya telah berjaya mendapat A dalam Matapelajaran Sains UPSR. InsyaAllah kawan-kawan di luar sana tidak akan rugi membeli E-Book Peta Minda ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru yang menerbitkan E-Book ini
Nurul Izzati
5A - UPSR 2009

KELEBIHAN PETA MINDA